Rabu, 15 Disember 2010

PEMALU

PELAJARAN PERTAMA
PEMALU

ERTI PEMALU
-Tidak berkata dengan perkataan keji dan tidak melakukan perbuatan hina.

BAHAGIAN-BAHAGIAN MALU:
1) Allah
-Tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah seperti mendedahkan aurat.
2) Manusia
-Tidak melakukan perbuatan yang zalim terhadap sesama manusia seperti membunuh.
3) Diri sendiri
-Tidak berkata dengan perkataan yang keji seperti "Kamu Bodoh".
-Tidak melakukan perbuatan keji yang menjatuhkan harga diri seperti mencuri.


KEBAIKAN BERSIFAT MALU
1) Memelihara maruah diri.
2) Dihormati orang ramai.
3) Meningkatkan keimanan kepada Allah.
4) Terhindar daripada perbuatan menyalahi syarak.
5) Merapatkan silaturrahim sesama manusia.

KEBURUKAN TIDAK BERSIFAT MALU
1) Dibenci oleh Allah.
2) Tidak dihormati oleh masyarakat.
3) Merenggangkan hubungan silaturrahim.
4) Tidak beramal dengan sifat akhlak Rasulullah.
5) Menghilangkan nilai akhlak mulia.